Skip to main content

Berborak bersama Si Buah Hati sebelum tidur

Assalamualaikum,

Salam sejahtera kepada semua. Dah tido ke semua? Rilek lu, malam masih muda.

Tajuk kita malam ni, berborak dengan buah hati yang selalu merindui diri ini(Double reverse)

Mesti korang tertanya-tanya apa maksud double reverse tu kan? Basically orang perempuan ni, dia je yang betul. Mostly la. Tapi untuk buah hati yang ni, dia rare sikit. Tu pasal kena double reverse version.  Hahahaha.

Dia selalu cakap dia tak rindu aku, tapi sebenarnya menonggeng-nonggeng rindu tu. Dia je tak nak mengaku. Ape yang susah sangat nk mengaku ntah. Merajuk kang baru tau.

Untuk pengetahuan korang, kitorang kenal melalui cara yang pada kebiasaannya aku tak percaya. Sebab banyak benda-benda online ni yang menjadikan pengguna-penggunanya FAKE belaka. Ada tujuan tersembunyi masing-masing.

'Tinder'




Itulah nama apps yang menemukan aku dengan si dia. Sekitar awal Julai 2019 kalau aku tak silap la. Aku ada urusan kerja di KL masa tu. So dipendekkan cerita, kerja aku habis agak lewat petang harinya. Jadi aku decide untuk stay satu malam kat hotel bajet area KL. OYO lah yang mudah kan. Hahahaha.... Rakyat marhaen, itu je yang mampu.

Jadi lepas check in semua, masuk la ke bilik hotel bajet tu. Mandi and solat jamak magrib with isyak terus. Ini yang untungnya travelling kan, musafir. Allah mudahkan kita untuk beribadat. Tak ada alasan nak tinggal. Hihi, perngatan untk diri aku sendiri ye gaiss... Aku tau korang ohsem, solat penuh dan awal waktu belaka.

So aktiviti lepas solat terus bertukar menjadi terjunan kuak lentang di atas katil. Nikmat oooo dapat baring-baring lepas penat seharian kat luar. Dalam pada berehat tu, biasalah orang muda macam aku ni... Ehemmm... Hahahahaha.... Surf la internet tu, FB, youtube, Shopee, lazada... and ofkos TINDER.

Apps laman sosial berkenal-kenalan dengan orang yang tak dikenali. Dalam Alam Maya. Yezzzza.... Swipe ke kiri kalau kau tak berminat, swipe ke kanan kalau kau suka. So, kalau org yang kau swipe ke kanan tu pun buat benda yang sama masa nampak profile kau. Automatically korang akan dapat notification :

It's a Match




Maknanya, korang suka sama suka la tu. So seterusnya boleh la teruskan aktiviti berchatting, berkenalan, gurau senda. Kalau nasib kau baik, boleh la pergi jumpa, dating dari alam maya ke alam realiti. hahahahaha.

Jadi, aku pun usha-usha la tinder tu memandangkan aku pun telah di singlekan sejak 2016 lagi. Dalam hati, kalau Allah nak temukan aku jodoh kat sini, aku terima. Dengan harapan, permudahkanlah segala urusan tu.

Siyesly aku swipe right banyak kot, ada la beberapa yang matched masa tu. Tapi biasanya aku tak instantly say hi pun bila dah matched tu. Tengok mood untuk buat macam tu.

 Tapi, dalam pada aku swipe swipe tu kan... Aku terberhenti kat satu profile ni. No real profile picture. Just an anime type girl picture, with a camera. Tapi aku punya instinct suruh bukak bio dia dulu. Normally without proper real display picture, kompem aku swipe left.

#mencariredhailahi

Aku temenung sejenak. Tanpa sedar, aku swipe right. And guess what? It was a matched. Yup.

Macam biasa. Aku biarkan je dulu. Terus ke profile lain pulak. Saje-saje kan nak test market. Hihi...

Dan esoknya lepas bangun tido, siap-siap check out and terus gerak nak setelkan satu lagi urusan kerja kat Kajang pulak. Lepas tu tu terus balik ke Muar. Sampai Muar baru aku text dia buat pertama kalinya.

Assalamualaikum

itu je aku hantar untuk perkataan pertama. Dia balas agak cepat jugak masa tu. So bermulaah episod berbalas-balas mesej dalam Tinder. Beberapa hari kemudian, hari Jumaat aku masih ingat. Segar dalam ingatan ni. Kami berborak-borak macam biasa(padahal baru berapa hari je) hahahaha. Then dah nak pukul 1pm masa tu. Aku cakap la kat dia, sori aku nak bersiap pergi solat Jumaat. So aku pun stop the conversation and went to Masjid.

Balik Masjid, lunch dulu pastu baru masuk bilik and amik fon. Biasala pas makan laju je mata ni nak ngantuk kan. Sambil-sambil tu nak la usha-usha fon dulu. Eh ade notification from Tinder la. Bukak and dpt mesej dari si dia, beserta no telefon. Wow, siyesly ini yang paling laju aku dapat personal contact number daripada stranger. Few days je beb. Hahahahaha..... With a message, 'saya jarang chat kat sini'

Hihihi, alasan je tu kan... Sebenarnya nak chat kat whatsapp. Lagi ekslusif la. Yup indeed, continue chatting thru whatsapp and getting closer and comfortable day after day.

Long story short. She became someone special now. And dah ada cincin di jari.


Comments

Popular posts from this blog

Bual Bicara Rasa : Keselamatan Keluarga

LOOKS SIMPLE BUT NECESSARY Assalamualaikum WBT.... Salam sejatera sahabat-sahabat sekalian. Moga korang semua dalam rahmat, perlindungan dan kasih sayang Allah sentiasa. Bual bicara kita hari ini, aku terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang pada aku nampak simple, tetapi sangatlah penting dan perlu. With that being said, i am urging all of us to please stay alert!! 2 hari lepas, sewaktu aku berada di tempat kerja aku. Aku dapat call daripada anak sulung aku. Tiada greeting 'Hai Ayah' macam biasa. Tetapi terus dimulakan dengan ayat,      "Ayah tau tak tadi, ada 2 orang lelaki datang kat rumah cari Ibu. Diorang cakap nak jumpa ibu nak mintak apa entah". (Ibu anak-anak aku adalah ex-wife aku for info) Fuh berderau darah aku!! Aku gelabah gak time tu. First ayat aku, "Abang ngan adik ok tak sekarang ni? Adik kat mana?" Anak sulung aku cakap diorang berdua ok... Ada dalam rumah. Bila tahu mereka OK barulah sedikit lega dalam hati aku. Jadi aku...

Perkahwinan PKP 2020

Assalamualaikum, 11 Julai 2020, Sabtu. Majlis walimatulurus dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) sememangnya berlainan daripada kebiasaan. Ramai pasangan mempelai berdepan pelbagai jenis cabaran dalam menguruskan majlis sedemikian. Norma baharu mengikut kata Majlis Keselamatan Negara(MKN). SOP : Standard Operating Procedure Dalam bahasa melayu nya apa ya? Prosedur Operasi Standard kot. Aku tak berapa sure, bukan reti benor bahasa omputih ni nak translate dalam bahasa melayu kita. First MKN menetapkan cuma 250 orang dalam satu-satu masa di setiap majlis yang berlangsung. Ya, cuma 250 jemputan termasuk pihak yang menganjurkan majlis. Memang tak ramai dan bermacam-macm feedback daripada rakyat Malaysia kita ni. Namun bagi aku, Covid-19 masih ada di negara kita ni. Jadi keputusan MKN memberi syarat begitu adalah wajar. Mengehadkan risiko potensi jangkitan kerana dalam sesuatu majlis, kehadiran tetamu adalah dari segenap pelosok negara kan. Keduanya, Waktu yang dibena...