Assalamualaikum WBT.... Bertemu lagi dalam ruangan Bual Bicara Rasa. Bersama aku sebagai hos yang ohsem... Hehe, maaf ye... Saje je intro camtu, gurau-gurau sikit memalam ni. Kita hidup ni kan kena seimbangkan masa siyes dan masa bergurau supaya kita sama-sama dapat rasa seronok dengan kehidupan kita. Tajuk kita pada kali ini adalah mengisi masa bersama keluarga. Seperti yang kita sedia maklum, kita sekarang berada dalam norma baharu kehidupan. Bukan setakat di Malaysia sahaja, malah seluruh dunia juga melakukan perkara yang sama. Dek penangan Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Jumaat, 31 Julai 2020. Kita sebagai umat Islam menyambut Perayaan Aidiladha. Terasa kelainan kan. Kalau masa lalu kita berseronok dengan ziarah menziarahi sesama sanak saudara yang dekat juga yang jauh. Namun kini kita dibatasi dengan segala macam perkara bagi menjalani norma baharu kehidupan. Namun kita tetap harus bersyukur kerana masih lagi dapat merasa indahnya menyambut perayaan ini bersama ...
LOOKS SIMPLE BUT NECESSARY Assalamualaikum WBT.... Salam sejatera sahabat-sahabat sekalian. Moga korang semua dalam rahmat, perlindungan dan kasih sayang Allah sentiasa. Bual bicara kita hari ini, aku terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang pada aku nampak simple, tetapi sangatlah penting dan perlu. With that being said, i am urging all of us to please stay alert!! 2 hari lepas, sewaktu aku berada di tempat kerja aku. Aku dapat call daripada anak sulung aku. Tiada greeting 'Hai Ayah' macam biasa. Tetapi terus dimulakan dengan ayat, "Ayah tau tak tadi, ada 2 orang lelaki datang kat rumah cari Ibu. Diorang cakap nak jumpa ibu nak mintak apa entah". (Ibu anak-anak aku adalah ex-wife aku for info) Fuh berderau darah aku!! Aku gelabah gak time tu. First ayat aku, "Abang ngan adik ok tak sekarang ni? Adik kat mana?" Anak sulung aku cakap diorang berdua ok... Ada dalam rumah. Bila tahu mereka OK barulah sedikit lega dalam hati aku. Jadi aku...