Assalamualaikum WBT....
Bertemu lagi dalam ruangan Bual Bicara Rasa. Bersama aku sebagai hos yang ohsem...
Hehe, maaf ye... Saje je intro camtu, gurau-gurau sikit memalam ni. Kita hidup ni kan kena seimbangkan masa siyes dan masa bergurau supaya kita sama-sama dapat rasa seronok dengan kehidupan kita.
Tajuk kita pada kali ini adalah mengisi masa bersama keluarga.
Seperti yang kita sedia maklum, kita sekarang berada dalam norma baharu kehidupan. Bukan setakat di Malaysia sahaja, malah seluruh dunia juga melakukan perkara yang sama. Dek penangan Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Jumaat, 31 Julai 2020.
Kita sebagai umat Islam menyambut Perayaan Aidiladha. Terasa kelainan kan. Kalau masa lalu kita berseronok dengan ziarah menziarahi sesama sanak saudara yang dekat juga yang jauh. Namun kini kita dibatasi dengan segala macam perkara bagi menjalani norma baharu kehidupan.
Namun kita tetap harus bersyukur kerana masih lagi dapat merasa indahnya menyambut perayaan ini bersama keluarga tersayang. Walaupun tiada lagi perkumpulan besar seperti selalu, tapi kita masih dapat menikmati sambutan bersama saudara yang berdekatan. Asalkan kita tahu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Sabtu, 1 Ogos 2020.
Hari ini kami sekeluarga menerima jemputan daripada ibu saudara kami yang tinggal dalam daerah yang sama. Tak jauh pun, dalam 20 minit perjalanan dengan kereta. Memandangkan mereka sekeluarga ada melakukan ibadah korban tahun ini, so adalah mereka nak menjamu saudara berhampiran sekali.
Ingat tak yang masa sambutan Aidilfitri kita yang lepas segalanya terlalu terbatas. SOP yang ketat dan kita sendiri juga merasa bimbang untuk menghadiri mana-mana jemputan kerana memikirkan keselamatan diri dan keluarga masing-masing. So bila kita dalam fasa pemulihan ini, dan keadaan kelihatan semakin baik berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kita berpeluang menyambut Aidiladha secara terkawal. Alhamdulillah....
Perkumpulan saudara mara yang sudah lama tak bersua muka memang macam-macam yang nak dibualkan pastinya. Bermacam cerita kelakar akan diselangi dengan gelak ketawa yang dasyat. Hahahaha itulah keluarga kan. Masa nilah terbuka segal kisah lama yang memang saling kena mengena. Seronok.
Jadi kami sekeluarga habiskan masa sekitar 4 jam di sana. Setelah itu satu persatu keluarga yang hadir beransur pulang ke kediaman masing-masing. Syukur dan rasa gembira dapat berkumpul sebegitu. Harapan kita semua pastinya agar seluruh Malaysia dan dunia akan bebas daripada cengkaman Covid-19 secepat mungkin.
Aminnnn....
Jadi aku dan adik beradik yang lain ada plan sambungan malam nanti.
BBQ
Haaa, kitorang dah lama plan nak buat BBQ ni. Cuma masa untuk berkumpul memang agak sukar nak diatur. Biasalah kan, masing-masing ada keluarga dan karier sendiri. Dan dan tentunya ada giliran untuk beraya bersama keluarga setiap tahun. Raya Haji kali ini, cuma keluarga Ude sahaja yang tidak dapat kesempatan berkumpul di kampung kami. Kali ini giliran di sebelah isterinya di sebelah utara. Takpe Ude and family, next time kita buat lagi.
Seronok kan dapat berkumpul bersama-sama dengan keluarga, buat aktiviti yang simple je. Tapi penuh dengan rasa puas, gembira, seronok dan kasih sayang. Gurau tawa adik beradik memang menjadi senyuman pada ayah dan mak tersayang. Gembira mereka bilaman melihat kami adik beradik, ipar dan biras sebagai satu keluarga yang saling menyayangi. Antara nikmat yang Allah kurniakan dan sangat kami syukuri.
Ok gaisss, aku macam dah mengantuk pulak ni. Izin ku mengundur diri buat seketika. Sampai bertemu lagi dilain waktu dan ketika.
Semoga kita semua dalam rahmat dan perlindungan Allah sentiasa.
Assalamualaikum. Nite....
Bertemu lagi dalam ruangan Bual Bicara Rasa. Bersama aku sebagai hos yang ohsem...
Hehe, maaf ye... Saje je intro camtu, gurau-gurau sikit memalam ni. Kita hidup ni kan kena seimbangkan masa siyes dan masa bergurau supaya kita sama-sama dapat rasa seronok dengan kehidupan kita.
Tajuk kita pada kali ini adalah mengisi masa bersama keluarga.
Seperti yang kita sedia maklum, kita sekarang berada dalam norma baharu kehidupan. Bukan setakat di Malaysia sahaja, malah seluruh dunia juga melakukan perkara yang sama. Dek penangan Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Jumaat, 31 Julai 2020.
Kita sebagai umat Islam menyambut Perayaan Aidiladha. Terasa kelainan kan. Kalau masa lalu kita berseronok dengan ziarah menziarahi sesama sanak saudara yang dekat juga yang jauh. Namun kini kita dibatasi dengan segala macam perkara bagi menjalani norma baharu kehidupan.
Namun kita tetap harus bersyukur kerana masih lagi dapat merasa indahnya menyambut perayaan ini bersama keluarga tersayang. Walaupun tiada lagi perkumpulan besar seperti selalu, tapi kita masih dapat menikmati sambutan bersama saudara yang berdekatan. Asalkan kita tahu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
![]() |
| Haa, mask kena pakai kalau lebih seorang dalam satu kereta. |
Hari ini kami sekeluarga menerima jemputan daripada ibu saudara kami yang tinggal dalam daerah yang sama. Tak jauh pun, dalam 20 minit perjalanan dengan kereta. Memandangkan mereka sekeluarga ada melakukan ibadah korban tahun ini, so adalah mereka nak menjamu saudara berhampiran sekali.
Ingat tak yang masa sambutan Aidilfitri kita yang lepas segalanya terlalu terbatas. SOP yang ketat dan kita sendiri juga merasa bimbang untuk menghadiri mana-mana jemputan kerana memikirkan keselamatan diri dan keluarga masing-masing. So bila kita dalam fasa pemulihan ini, dan keadaan kelihatan semakin baik berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kita berpeluang menyambut Aidiladha secara terkawal. Alhamdulillah....
Perkumpulan saudara mara yang sudah lama tak bersua muka memang macam-macam yang nak dibualkan pastinya. Bermacam cerita kelakar akan diselangi dengan gelak ketawa yang dasyat. Hahahaha itulah keluarga kan. Masa nilah terbuka segal kisah lama yang memang saling kena mengena. Seronok.
Jadi kami sekeluarga habiskan masa sekitar 4 jam di sana. Setelah itu satu persatu keluarga yang hadir beransur pulang ke kediaman masing-masing. Syukur dan rasa gembira dapat berkumpul sebegitu. Harapan kita semua pastinya agar seluruh Malaysia dan dunia akan bebas daripada cengkaman Covid-19 secepat mungkin.
Aminnnn....
Jadi aku dan adik beradik yang lain ada plan sambungan malam nanti.
BBQ
Haaa, kitorang dah lama plan nak buat BBQ ni. Cuma masa untuk berkumpul memang agak sukar nak diatur. Biasalah kan, masing-masing ada keluarga dan karier sendiri. Dan dan tentunya ada giliran untuk beraya bersama keluarga setiap tahun. Raya Haji kali ini, cuma keluarga Ude sahaja yang tidak dapat kesempatan berkumpul di kampung kami. Kali ini giliran di sebelah isterinya di sebelah utara. Takpe Ude and family, next time kita buat lagi.
Ok gaisss, aku macam dah mengantuk pulak ni. Izin ku mengundur diri buat seketika. Sampai bertemu lagi dilain waktu dan ketika.
Semoga kita semua dalam rahmat dan perlindungan Allah sentiasa.
Assalamualaikum. Nite....




Comments
Post a Comment