Skip to main content

Ini Aku

Assalamualaikum.

Salam ukhuwah buat semua. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Tuhan semesta alam, yang menjaikan segala-galanya di langit dan di bumi.

Penulisan pertama aku di sini. Terpanggil untuk mencoret sepatah dua kata berdasarkan perjalanan hidup aku sedari awal kelahiran hingga kini. There were a lot of things happened. And they were happened for a reason. Hadamkan tu. Kita selalu terfikir kan, kenapa jalan hidup aku tak macam yang aku plan? Come on gaiss, who are we to overide the Almighty plans? All things happened exactly as His plans. We were just 'The actors' to act as directed by the 'Director'. Allah is always the best planner.

THEY PLAN, AND ALLAH PLANS...
ALLAH IS THE BEST PLANNERS



Enuff said.

Now let me tell a little bit about myself. Eh apsal speaking london lak ni. hahaha...
Maafkan hamba. Takpe kan kita selang selikan dengan bahasa lain. Asalkan kita sama-sama boleh faham. Hebat diorang yang mampu menguasai pelbagai bahasa ni. Aku memang kagum dengan orang macam tu, siyesly....

Aku lahir hampir 36 tahun yang lepas. Haaa cuba kira sendiri la ye tahun kelahiran aku tu. Saje la test ilmu hisab korang tu. Julai bulan kelahiran aku. So aku akan sambut hari lahir ke 36 tak lama lagi. Ada sape-sape ke yang nak lanje aku makan? hihi gurau je, tapi siyes gak ni...

Dah lama tak rasa org celebrate birthday aku ni.. kesian kan? haha takdelah, aku rasa biasa-biasa je. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur aku lagi untuk bangun melihat dunia ini. Nikmat mana lagi yang kamu dustakan? Macam-macam nikmat yang kita dapat kat dunia ni. Tapi aku tau, sebagai manusia biasa kita banyak sangat alpa, lalai, buat benda-benda lagha, lengah-lengahkan solat fardhu, solat sunat apatah lagi. Eh tu bukan aku cakap kat korang ye, aku tuju kat diri aku sendiri. Aku tau pasal semua benda ni, tapi aku selalu lupa. Lupa dengan segala nikmat yang Allah bagi setiap masa kita kat dunia ni. Moga Allah ampunkan segala dosa kita semua. Moga kita jadi bertambah baik setiap hari. Amin...

Aku lahir di sebuah bandar kecik.Dilahirkan oleh seorang insan yang sangat aku rindu setiap masa. 30 hari sebelum hari lahir aku yang ke 17, berapa bulan lagi nak SPM masa tu. Ibu aku telah kembali kepada Penciptanya. Semoga mama diletakkan di samping para syuhada. Amin....

Ayah aku masih ada sehingga saat aku menulis blog ni. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk sama-sama lepak kat beranda rumah, ngeteh sama-sama. Berborak hal negara sama-sama. Haa macam-macam lagi la. Untuk aku, ayah aku adalah role model terbaik yang ada depan mata untuk aku. Moga-moga aku dapat jadi seperti ayah aku satu hari nanti. Mengamalkan cara hidup sederhana dan yang paling aku kagum, solat-solat sunat jarang sekali tinggal, mengaji setiap hari pagi dan petang. Semoga ayah terus dianugerahkan kesihatan yang baik oleh Allah.

Mak.

Adalah orang baru dalam hidup kami sejak 17 tahun yang lepas. Jodoh kedua ayah selepas mama. Alhamdulillah, mak seorang yang sangat baik, sangat rajin ok.... Aku gembira melihat ayah gembira. Dan mak juga gembira. Dengan mak, ayah dianugerahkan sepasang cahaya mata. Jadilah kami adik beradik bertujuh. Alhamdulillah.... Kecoh rumah kalau semua balik kampung oi....

Anak-anak.

I have a son and a daughter. So adorable and missed them everyday. Kenapa aku rindu setiap hari? Kenapa lak? tak boleh ke nak rindu anak-anak? hahahah.... gurau k gurau... The fact is, anak-anak tak ada dengan aku setiap hari, they live with their luvly mother. Yup, unfortunately we were divorced. Allah pinjamkan jodoh untuk kami buat seketika sahaja. Alhamdulillah... Tetap bersyukur, dan tahu pasti ada hikmahnya untuk kami berdua. Doa agar ex-wife akan bertemu jodoh yang lebih baik daripada aku. Amin....

Kembali pada mukadimah awal tadi kan...

Kita ni mampu merancang, tapi sebaik-baik perancang adalah Allah. Senyum sikit... hihi

Ok lah, aku rasa cukup untuk pengenalan serba sedikit pasal diri aku kan.

Ada masa borak pasal benda lain nanti boleh aku selit-selit lagi kisah hidup aku. Kadang-kadang benda yang takberapa plan nak cerita tu yang jadik lebih menarikkan? hahahaha

Salam Gaissss

Comments

Popular posts from this blog

Bual Bicara Rasa : Keselamatan Keluarga

LOOKS SIMPLE BUT NECESSARY Assalamualaikum WBT.... Salam sejatera sahabat-sahabat sekalian. Moga korang semua dalam rahmat, perlindungan dan kasih sayang Allah sentiasa. Bual bicara kita hari ini, aku terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang pada aku nampak simple, tetapi sangatlah penting dan perlu. With that being said, i am urging all of us to please stay alert!! 2 hari lepas, sewaktu aku berada di tempat kerja aku. Aku dapat call daripada anak sulung aku. Tiada greeting 'Hai Ayah' macam biasa. Tetapi terus dimulakan dengan ayat,      "Ayah tau tak tadi, ada 2 orang lelaki datang kat rumah cari Ibu. Diorang cakap nak jumpa ibu nak mintak apa entah". (Ibu anak-anak aku adalah ex-wife aku for info) Fuh berderau darah aku!! Aku gelabah gak time tu. First ayat aku, "Abang ngan adik ok tak sekarang ni? Adik kat mana?" Anak sulung aku cakap diorang berdua ok... Ada dalam rumah. Bila tahu mereka OK barulah sedikit lega dalam hati aku. Jadi aku...

Perkahwinan PKP 2020

Assalamualaikum, 11 Julai 2020, Sabtu. Majlis walimatulurus dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) sememangnya berlainan daripada kebiasaan. Ramai pasangan mempelai berdepan pelbagai jenis cabaran dalam menguruskan majlis sedemikian. Norma baharu mengikut kata Majlis Keselamatan Negara(MKN). SOP : Standard Operating Procedure Dalam bahasa melayu nya apa ya? Prosedur Operasi Standard kot. Aku tak berapa sure, bukan reti benor bahasa omputih ni nak translate dalam bahasa melayu kita. First MKN menetapkan cuma 250 orang dalam satu-satu masa di setiap majlis yang berlangsung. Ya, cuma 250 jemputan termasuk pihak yang menganjurkan majlis. Memang tak ramai dan bermacam-macm feedback daripada rakyat Malaysia kita ni. Namun bagi aku, Covid-19 masih ada di negara kita ni. Jadi keputusan MKN memberi syarat begitu adalah wajar. Mengehadkan risiko potensi jangkitan kerana dalam sesuatu majlis, kehadiran tetamu adalah dari segenap pelosok negara kan. Keduanya, Waktu yang dibena...

Berborak bersama Si Buah Hati sebelum tidur

Assalamualaikum, Salam sejahtera kepada semua. Dah tido ke semua? Rilek lu, malam masih muda. Tajuk kita malam ni, berborak dengan buah hati yang selalu merindui diri ini(Double reverse) Mesti korang tertanya-tanya apa maksud double reverse tu kan? Basically orang perempuan ni, dia je yang betul. Mostly la. Tapi untuk buah hati yang ni, dia rare sikit. Tu pasal kena double reverse version.  Hahahaha. Dia selalu cakap dia tak rindu aku, tapi sebenarnya menonggeng-nonggeng rindu tu. Dia je tak nak mengaku. Ape yang susah sangat nk mengaku ntah. Merajuk kang baru tau. Untuk pengetahuan korang, kitorang kenal melalui cara yang pada kebiasaannya aku tak percaya. Sebab banyak benda-benda online ni yang menjadikan pengguna-penggunanya FAKE belaka. Ada tujuan tersembunyi masing-masing. 'Tinder' Itulah nama apps yang menemukan aku dengan si dia. Sekitar awal Julai 2019 kalau aku tak silap la. Aku ada urusan kerja di KL masa tu. So dipendekkan cerita, kerja aku habis a...